Sunday, October 26, 2008

SYUKURI NIKMAT ALLAH

Setiap insan perlu bersyukur kepada maha pencipta iaitu Allah SWT yang telah menjadikannya sebaik-baik ciptaan dan melantiknya sebagai khalifah di bumi ini. Disamping ciptaan yang terbaik, insan juga telah diberi nikmat yang tiada terhitung bagi membolehkan ianya memakmurkan bumi ini.Nikmat-nikmat ini meliputi:

1) Hidayah Allah.
Allah telah menganugerahkan islam kepada insan sebagai Addin iaitu cara hidup dengan misi : Bertakwa kepada Allah SWT dan visi: kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

2) Keluarga, Harta dan Kemuliaan.
Nikmat berkeluarga, berharta dan dimuliakan oleh masyarakat adalah anugerah Allah yang sungguh indah dan perlu disyukuri. Namun usah anda berduka kerana sekian lama anda belum mempunyai keluarga atau anak atau hutang banyak atau dipandang rendah oleh masyarakat. Anda harus redha dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita. Kemudian kita bermuhasabah dan mencari jalan unyuk mengatasi masalah yang anda hadapi. Allah berfirman:

"Sekiranya kamu bersyukur, akan Ku tambahi nikmati Ku kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmat Ku, sesungguhnya azab Ku amatlah pedih" (Ibrahim: 7 )

3) Jasmani
Nikmat Jasmani yang meliputi badan yang sihat dan umur yang panjang dapat dinikmati sepenuhnya dengan adanya harta dan keluarga yang mulia.

4) Akal
Nikmat Akal akan dapat dinikmati sepenuhnya dengan adanya jasmani yang sihat dan menjauhi yang haram, subahat dan maksiat.

5) Kebahagiaan di Akhirat
Kebahagiaan di akhirat adalah kebahagian abadi. Nikmat ini dapat dinikmati dengan pertolongan Allah SWT dan nikmat Akal.

Thursday, October 23, 2008

INSAN MAKHLUK TERBAIK

Salam sejahtera . Masih tidak terlambat kiranya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada penunjung blog sekelian. Semoga sambutan hari raya membawa kebahagiaan apabila bertemu Ibu Bapa dan saudara mara tercinta. Bermaaf-maafan sambil mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin.

Semasa bersuka ria di hari raya, mungkin ada diantara saudara-saudara kita tidak berupaya bergembira kerana kurang upaya atau mengalami peristiwa duka. Sama-sama kita membantu jika kita berupaya mengurangkan kesempitan mereka.

Dalam apa jua keadaan, sebenarnya insan adalah mahluk yang terbaik. Ini dapat diperhatikan dalam kandungan ayat -ayat al quran. Allah berfirman yang bermaksud,
" Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baik nya.(Ayat 4, Al-Tin).

Manusia telah diberi akal , jasmani dan rohani untuk membolehkan ia memperolehi pencapaian terbaik dan berjaya di dunia dan di akhirat.