Showing posts with label kenal diri. Show all posts
Showing posts with label kenal diri. Show all posts

Thursday, October 23, 2008

INSAN MAKHLUK TERBAIK

Salam sejahtera . Masih tidak terlambat kiranya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada penunjung blog sekelian. Semoga sambutan hari raya membawa kebahagiaan apabila bertemu Ibu Bapa dan saudara mara tercinta. Bermaaf-maafan sambil mengeratkan lagi silaturahim yang sedia terjalin.

Semasa bersuka ria di hari raya, mungkin ada diantara saudara-saudara kita tidak berupaya bergembira kerana kurang upaya atau mengalami peristiwa duka. Sama-sama kita membantu jika kita berupaya mengurangkan kesempitan mereka.

Dalam apa jua keadaan, sebenarnya insan adalah mahluk yang terbaik. Ini dapat diperhatikan dalam kandungan ayat -ayat al quran. Allah berfirman yang bermaksud,
" Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baik nya.(Ayat 4, Al-Tin).

Manusia telah diberi akal , jasmani dan rohani untuk membolehkan ia memperolehi pencapaian terbaik dan berjaya di dunia dan di akhirat.

Thursday, September 18, 2008

KITA ADALAH KHALIFAH DI MUKA BUMI

Sdr. dan Sdri yang dihormati sekelian,
Salam Sejahtera. Apa Khabar? Semoga sihat dan berupaya melalui liku-liku hidup ini dengan tabah dan sabar. Sabar dalam kebahagian, kesempitan, kejayaan, kegagalan, kesejahteraan, kesakitan, suka dan duka. Bagi anda yang kini senang dan tidak bermasalah besar, bersyukurlah. Manakala bagi anda yang sedang menghadapi kesusahan dan dirundung malang, usahlah berduka. Tabahkan jiwa dan anggaplah keperitan itu sebagai satu ujian, sebelum sesuatu ganggaran diperolehi di hari muka.

Allah telah berfirman di dalam ayat 165 Surah Al-An'am yang bermaksud,

" Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di muka bumi dan meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian yang lain dengan beberapa darjat kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."

Ayat di atas telah menunjukkan bahawa kita, sebagai manusia adalah Khalifah di muka bumi ini. Ahli-ahli tafsir telah memberi pengertian Khalifah ialah:"Setiap manusia hendaklah menggunakan segala kecekapan dan keupayaan mereka untuk memakmurkan alam ini".

Kita diberi darjat dan status kehidupan sebagai ujian sama ada kita bertakwa kepadaNya. Bagi gulungan yang ingkar, Dia boleh memberi balasan azab secara amat cepat, Sementara itu Dia Maha penyayang dan Maha Pengampun bagi kita yang telah sedar atas kesalahan kita dan memohon ampun kepada Nya.

Sempena di bulan yang mulia ni, marilah kita memperbanyakkan amalan soleh dan memohon kerahmatan, keampunan dan dijauhi daripada api neraka.

Sementara itu, jika keresahan, keperitan, penderitaan menjelma di jiwa,usahlah berduka diatas keadaan yang menimpa seperti kemalangan, kematian,kegagalan bercinta, kegagalan peperiksaan dan sebagainya. Besabar dan sentiasalah mengingati Allah. Blog ini seterusnya akan memaparkan catatan bagaimana mengatasi kedukaan dan cara-cara meningkatkan keyakinan diri , mengembang potensi ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sehingga berjumpa lagi, Selamat Berbuka Puasa.