Ujian Allah itu terbahagi kepada dua kategori iaitu rahmat atau kebaikan dan bencana atau keburukan.
1. Rahmat atau Kebaikan
Rahmat adalah anugerah Allah S.W.T yang mengandungi unsur-unsur kebaikan seperti status atau darjat yang mulia dari segi harta, pangkat, anak, keluarga, kesihatan, ketenteraman, umur yang panjang, rezeki yang bertambah dan sebagainya.
Adakah dengan rahmat ini manusia akan bersyukur, bertambah keimanan, ketakwaan da beramal soleh. Atau sebaliknya menjadi angkuh, takabur dan melakukan kezaliman dan kemungkaran?
2. Bencana atau Keburukan
Bencana adalah ujian Allah S.W.T. yang berupa mala petaka dan kesusahan seperti gempa bumi, kemarau panjang, banjir, wabak, kecacatan, kemiskinan, kegagalan, kekecewaan, sakit dan sebagainya.
Dengan ujian ini adakah manusia yang beriman bertambah kuat imannya, ketakwannya dan kesabarannya? Kepada yang kufur pula, adakah mereka sedar dan insaf diatas kekufuran mereka dan menjadi beriman, bertakwa dan beramal soleh?
Allah S.W.T. telah berfirman:
" Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". (Al Baqarah 155)
Usahlah Berduka ketika menikmati rahmat dan mengalami bencanaNya. Yakinlah bahawa semuanya ini adalah UJIAN Allah s.w.t. yang harus ditempuhi dengan redha dan sabar. Semoga kesabaran itu akan mejadikan kita lebih beriman, bertakwa dan beramal soleh. Ini bermakna kita berjaya ujian dan menghampiri visi kita iaitu kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
No comments:
Post a Comment