Kesabaran anda menangani cercaan dan hasad dengki memberi gambaran bahawa anda mempunyai darjat dan harga diri yang tinggi. Usahlah membalas cercaan yang mengguris hati. Malah,balaslah dengan kelembutan yang akan menjadikan anda lebih mulia. Mendiamkan kritikan akan membuat mereka mengalah dan memaafkannya, anda akan mendapat pahala,insyaAllah.
Mereka yang mengkritik itu, sebahagianya tidak sedar apa yang mereka utarakan. Sebahagian lagi tidak faham apa dan mengapa mereka mencerca. Selebihnya, mereka akan melupakan cercaan mereka. Oleh itu, usah berduka, mungkin terdapat hikmah disebalik cercaan itu. Kaji kritikan itu secara objektif . Jika ada kebenaran walau sedikit pun, maka terimalah kritikan itu dengan hati yang terbuka dan perbaikilah diri dan hasil kerja anda. Mudah-mudahan anda akan terus berjaya dimasa hadapan.
Kepada pengkritik pula, biarlah mengkritik secara berhemah. Janganlah suka mencemuh, merendah-rendahkan dan mendedahkan keaipan orang lain. Allah telah berfirman yang bermaksud:
" Wahai orang yang beriman, janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah setengah kamu menyatakan keaipan setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik) Maka amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah) , sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim." (Al-Hujurat: 11)
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji" (Al-Humazah: 1)
Renungilah:
Cercaan, kritikan saban membawa hiba
Itu semua kan ujian Pencipta
Menduga kesabaran, keimanan jua
Usahlah berduka
Hadapi dengan hati terbuka
Muhasabah diri
Tambahbaik hasil kerja
InsyaAllah terus berjaya
Bagi pecaci pula
Usah mencerca
Mengatakan keaipan orang
Kelak menjadi fasik celaka
Ayuh bertaubat
Semoga mendapat Rahmat
No comments:
Post a Comment